300 Wakil NGO Berkumpul Serah Memorandum Kepada Nik Aziz

Diterbitkan: Rabu, 6 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kira-kira 300 orang berkumpul secara aman di di sini hari ini bagi menyerahkan memorandum yang mengandungi banyak "tanda tanya" berhubung pembinaan lebuh raya Kota Baharu-Kuala Kai, kepada Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka yang mewakili badan-badan bukan kerajaan (NGO) Kelantan itu berkumpul lebih sejam mulai 10.30 pagi di pintu masuk Kompleks Kota Darul Naim dengan membawa kain rentang dan sepanduk antaranya berbunyi 'Kerajaan Batu Asas', 'Selesai Air Dulu', 'Manisnya Janjimu' dan 'Rakyat Derma Doh, YB dan Exco Bila Lagi'.

Kompleks itu menempatkan pejabat-pejabat Kerajaan Negeri dan Menteri Besar. Kumpulan itu turut membawa peralatan seperti kereta sorong, cangkul, penyodok dan penyapu sampah untuk Nik Abdul Aziz sebagai sindiran terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

Memorandum dan peralatan tersebut diserahkan wakil kumpulan itu, Kamaruddin Mohd Kasim kepada Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Fazli Shaari yang mewakili Nik Abdul Aziz.

Kamaruddin, yang juga Pengerusi Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR), berkata tindakan mereka itu merupakan satu sindiran terhadap kerajaan Kelantan yang didakwanya banyak membuat janji kosong kepada rakyat selama ini.

"Memang benar ini sebagai menyindir kerajaan Kelantan yang hanya pandai berjanji kosong terutama menjelang pilihan raya. Ini tidak salah kerana kerajaan PAS Kelantan telah lama menyindir rakyatnya sendiri dengan tidak menunaikan janji lama," kata Kamaruddin.

Antara lain, memorandum itu menyebut pembinaan lebuh raya bukan satu keutamaan kerana ada ada lagi perkara lebih penting yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri.

"Yang lebih utama dan perlu dilaksanakan segera oleh kerajaan PAS Kelantan ialah...menyelesaikan dulu masalah rakyat seperti penyediaan rumah mampu milik, masalah air yang berlarutan, bantuan kepada rakyat miskin serta penyelesaian janji-janji lama," kata dokumen itu.

Antara NGO dan persatuan yang hadir ialah Angkatan Generasi Melayu Muda, Persatuan Pemandu-pemandu Teksi Kelantan, Majlis Intelektual Muda Darul Naim, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.

Sementara itu, Setiausaha Perkasa Kelantan Shariff Mahmud berkata kerajaan negeri kini boleh diibarat 'kerajaan batu asas' yang hanya pandai membuat janji tetapi gagal melaksanakannya.

Upacara pecah tanah projek lebuh raya sepanjang 73km bernilai hampir RM2 bilion yang dicadang dibina dengan sumbangan rakyat Kelantan itu, dilakukan Nik Abdul Aziz pada 28 Mei lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan