Warga PDRM Perlu Perteguh Ketaatan - KPN

Diterbitkan: Selasa, 5 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memperteguh ketaatan dan kesetiaan kepada Raja, pemerintah dan kerajaan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Menurutnya, mereka juga perlu menzahirkan budaya kerja positif sejajar dengan visi dan misi PDRM dengan memberi fokus kepada keberhasilan kolektif pasukan.

Berucap pada majlis santapan diraja sempena perasmian Mes Pegawai Kanan PDRM Perlis di sini malam tadi, beliau yakin PDRM juga telah menghayati Gagasan 1Malaysia secara berkesan melalui semangat "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan."

Majlis perasmian disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Yang hadir sama ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Ismail berkata, PDRM yang kini berusia 205 tahun sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan terutama dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi.

"Jika tidak berubah, maka perubahan akan melanda kita, sama ada kita mahu atau tidak," katanya.

Menurut Ismail, zaman ledakan maklumat ini memerlukan PDRM memacu kemajuan melalui kecekapan rangkaian pertukaran maklumat melalui sistem komunikasi yang cekap dan berkesan.

"Jika ini gagal dilaksanakan, relevansi kita sebagai institusi akan menjadi hambar," katanya.

Bangunan mes pegawai bernilai RM27 juta di atas tapak seluas 2.21 hektar berhampiran persimpangan Jalan Raja Muda itu dibina pada 15 Februari 2007 dan siap sepenuhnya pada Mac lalu.

Mes pegawai itu mempunyai bangunan pentadbiran setinggi dua tingkat, satu unit banglo dua tingkat, empat unit rumah berkembar dua tingkat, 24 unit bilik penginapan, dewan bankuet yang boleh menampung 500 orang, kompleks sukan, surau dan bilik mesyuarat. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan