Steve Shim, Medan Abdullah Pilih Keluar Daripada Panel Penasihat Bebas Bersih 3.0

Diterbitkan: Selasa, 5 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahli Panel Penasihat Bebas Bersih 3.0 (dari kiri) Datuk Alwi Ibrahim, Prof Dr Rozmi Ismail, Tun Mohammed Haniff Omar, Datuk Hussamuddin Yaacob dan Liew Peng Chuan.
Ahli Panel Penasihat Bebas Bersih 3.0 (dari kiri) Datuk Alwi Ibrahim, Prof Dr Rozmi Ismail, Tun Mohammed Haniff Omar, Datuk Hussamuddin Yaacob dan Liew Peng Chuan.

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim dan Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah memilih untuk menarik diri daripada Panel Penasihat Bebas perhimpunan Bersih 3.0.

Pengerusi panel, Tun Hanif Omar berkata Shim memberi alasan kesihatan manakala Medan memberi alasan mempunyai jadual yang sibuk dan memilih untuk keluar daripada panel yang sebelum ini dibarisi enam orang ahli.

Beliau berkata Kerajaan akan mengumumkan pengganti untuk dua tempat itu kemudian.

Panel ini telah ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan dan kebimbangan yang dibangkitkan berikutan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April.

Ahli-ahli panel yang lain ialah Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian Datuk Husammuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan