Panel Penasihat Bebas Teliti Rakaman Video Bersih 3.0

Diterbitkan: Selasa, 5 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Panel Penasihat Bebas mengenai rusuhan di Dataran Merdeka berikutan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas akan meneliti sebahagian daripada 43 rakaman video yang diberikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada mereka.

Pengerusinya Tun Mohammed Haniff Omar berkata kesemua klip video itu berdurasi selama 73 jam.

"Apa yang PDRM tayangkan kepada kami tadi ialah video klip lebih kurang 40 minit. Jadi banyak lagi aspek dalam rakaman video itu belum kita lihat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat panel tersebut buat kali kedua di sini, Isnin.

Beliau berkata pada mesyuarat hari ini, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Abu Samah Mat telah memberi taklimat mengenai pendekatan PDRM dalam menghadapi perhimpunan itu.

Anggota panel juga turut meminta penjelasan PDRM mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) dari pelbagai peringkat yang diguna pakai bagi mengawal perhimpunan tersebut.

Mohammed Haniff berkata antara rakaman video yang dipertontonkan ialah perlakuan peserta perhimpunan di sekitar Kuala Lumpur dan kerosakan harta benda yang berlaku.

Turut dipertontonkan ialah rakaman ucapan pemimpin parti politik sama ada yang diadakan di Kuala Lumpur atau negeri lain, yang menyeru orang ramai supaya menyertai perhimpunan berkenaan, katanya.

Beliau berkata selain meneliti klip video yang diberikan PDRM, panel itu juga akan meneliti klip video atau sebarang bahan bukti yang diberikan pihak lain supaya siasatan yang dijalankan lebih telus.

Sehubungan itu beliau menyeru mana-mana pihak termasuk media, Majlis Peguam serta individu supaya tampil memberi keterangan dan mengemukakan bahan bukti mengenai insiden itu kepada urusetia panel.

Katanya panel juga berhasrat menjemput pakar dari luar negara seperti dari United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada untuk memberikan pandangan bagaimana cara mereka menangani perhimpunan besar-besaran seumpama itu di negara masing-masing.

Dalam pada itu beliau berkata bekas Ketua Hakim Borneo, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong telah menolak pelantikan beliau sebagai anggota panel disebabkan masalah kesihatan, manakala Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Mohammad Medan Abdullah juga tidak dapat menyertai anggota panel atas bebanan tugas.

Mohammed Haniff berkata kerajaan akan mengumumkan pengganti mereka dalam masa terdekat.

Panel itu turut dianggotai Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian, Datuk Husammuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew, Liew Peng Chuan dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Ruszmi Ismail. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan