MB Kedah Nafi Gagal Kawal Aktiviti Rumah Urut Dan Pusat Hiburan

Diterbitkan: Selasa, 5 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CHANGLUN: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Selasa, menafikan kerajaan negeri gagal mengawal aktiviti rumah urut dan pusat hiburan seperti yang didakwa enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pada Isnin.

"Kita (kerajaan negeri) ambil berat mengenai perkara tersebut, mereka saja yang tak tau," katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan ke Ladang Nenas di Bukit Tangga, dekat sini, Selasa.

Beliau mengiringi Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah melawat ladang tersebut.

Azizan diminta mengulas demonstrasi aman enam NGO itu semalam yang mendesak kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS memantau operasi dan pengeluaran lesen pusat hiburan di negeri ini.

Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai isu itu turut menyifatkan NGO terbabit tidak ada kerja lain dan hanya mahu mencari kesalahan yang dilakukan kerajaan negeri sahaja.

Ditanya mengenai memorandum 11 tuntutan yang dihantar kepadanya oleh NGO terbabit, Azizan berkata beliau tidak melihat memorandum tersebut dan tidak tahu kepada siapa memorandum itu diserahkan.

Beliau juga meminta wakil media mendapatkan penjelasan daripada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) mengenai isu tersebut.

"Dia (NGO) yang cakap, you wartawan pi periksa tengok lah... Saya bukan ketua agama. Dekat mana pusat hiburan tu bertambah?," kata Azizan.

Antara lain, enam NGO terbabit mendakwa hanya kira-kira 300 pusat hiburan dan rumah urut yang memiliki lesen, manakala banyak lagi beroperasi secara haram selain ada yang menyalah guna lesen perniagaan mereka.

NGO yang terlibat dalam demonstrasi di hadapan Wisma Darul Aman itu ialah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kedah, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Kedah, Persatuan Penduduk Melayu Islam (PPMI), Persatuan Ibu Tunggal Kedah, Persatuan Penjaja Melayu Islam dan Badan Generasi Prihatin Kedah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan