KPDNKK Wujud Unit Khas Bantu Peniaga, Penjaja Kecil

Diterbitkan: Selasa, 5 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mewujudkan sebuah unit khas bagi menjaga kepentingan golongan peniaga dan penjaja kecil di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat rasmi pertama unit itu bersama Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil seluruh negara akan diadakan Selasa depan.

"Ia akan membincangkan permasalahan yang dihadapi serta perancangan kementerian termasuk daripada segi membangunkan perniagaan golongan itu," katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan mesra di China Town, Jalan Petaling, di sini, Selasa.

Beliau berkata isu peruntukan juga akan dibincangkan dalam mesyuarat itu dengan mendapatkan maklum balas secara lebih terperinci tentang keperluan serta kehendak peniaga dan penjaja kecil.

Beliau turut merujuk kepada insentif tertentu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini untuk golongan itu, termasuk menurunkan kadar bayaran pendaftaran kali pertama bagi perniagaan pemilik tunggal dan perkongsian kepada RM50 untuk tempoh lima tahun secara sekali gus.

Turut diumumkan pemberian diskaun sehingga 50 peratus terhadap kadar kompaun bagi pendaftaran lewat perniagaan.

Ismail Sabri berkata sejak kadar bayaran pendaftaran dan pembaharuan lesen perniagaan untuk peniaga dan penjaja kecil diturunkan berkuat kuasa 1 Jun lepas, ia mencatatkan 2,283 pendaftaran baru pada hari pertama berbanding 1,028 bagi tempoh sama tahun lepas.

Sebanyak 5,464 pembaharuan lesen perniagaan dibuat pada 1 Jun lepas berbanding 2,011 pada 1 Jun 2011, katanya.

"Selepas Perdana Menteri umum bayaran boleh dibuat untuk lima tahun sekali gus, setiap hari pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia diserbu peniaga dan penjaja kecil untuk memperbaharui atau mendaftar baru kerana ia yuran terendah pernah diberi kepada golongan itu," katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata program tinjauan mesra itu dijalankan bagi membolehkan beliau melihat sendiri kedudukan peniaga serta penjaja kecil di Jalan Petaling dan lawatan seumpama itu akan diteruskan ke lokasi perniagaan lain. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan