Kerajaan Sentiasa Tekan Persefahaman Dan Perpaduan Kaum - PM

Diterbitkan: Selasa, 5 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sentiasa menekankan persefahaman dan perpaduan antara kaum dan agama apatah lagi yang melibatkan persefahaman sesama umat Islam demi kepentingan bersama.

Sehubungan itu, katanya kerajaan tidak pernah menutup pintu kerjasama dan rundingan kepada sesiapa sahaja sama ada individu, mana-mana parti mahupun badan bukan kerajaan.

"Kita juga tidak mengenakan apa-apa syarat kerana bagi kita kepentingan umat dan rakyat sentiasa diutamakan berbanding kepentingan kelompok-kelompok tertentu.

"Apabila kita menutup pintu persefahaman dan rundingan demi kepentingan ummah, akhirnya kita akan menjadi bagai nasib Pak Pandir, menang sorak kampung tergadai," katanya.

Menurutnya, apabila keadaan itu berlaku sudah pasti yang akan tergadai bukan setakat kampung halaman, tetapi agama juga akan menjadi taruhan akhirnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-55 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini malam Isnin.

Majlis turut dihadiri isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Najib berkata tema tilawah iaitu 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah' adalah bertepatan dengan firman Allah dalam ayat 13 surah al-Hujurat yang antara lain kalimah ta'aruf dalam ayat tersebut menuntut umat Islam tanpa mengira bangsa dan suku keturunan supaya saling mengenali dan menjalin persefahaman yang baik di samping mengukuhkan ukhwah.

"Sehubungan itu kerajaan sentiasa berusaha untuk mewujudkan perpaduan dan persefahaman sebagai usaha menguatkan perpaduan dengan Gagasan 1Malaysia menjadi menifestasi kerajaan ke arah usaha murni itu," katanya.

Beliau berkata Perlembagaan Negara telah memaktubkan bahawa Islam bukan sekadar agama rasmi negara, malah telah menobatkan 'Islam sebagai agama Persekutuan'.

"Menjunjung peri pentingnya hakikat ini, maka kerajaan sentiasa memastikan bahawa agenda memartabatkan Islam terus diperjuangkan semenjak kita dianugerahkan nikmat kemerdekaan," katanya.

Di samping itu perdana menteri turut melahirkan rasa hairan dengan sikap segelintir rakyat di negara ini yang sengaja menjadikan Tanah Suci sebagai tempat meluahkan emosi mereka semata-mata kerana mengikut telunjuk parti tertentu.

Najib menyelar golongan itu kerana sanggup mencemarkan kesucian Tanah Suci dan imej cemerlang Malaysia yang selama ini dipuji dan dicontohi sebagai jemaah terbaik di dunia.

Seramai 27 qari dan qariah dari semua negeri kecuali Kelantan yang tidak menghantar qariah akan memperdengarkan bacaan masing-masing dalam majlis yang berlangsung selama lima hari bermula malam ini.

Pada malam pembukaan ini, dua peserta telah memperdengarkan bacaan mereka iaitu qari dari Selangor, Abdul Khair Jalil dan qariah dari Perlis, Sarina Che Yahya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan