Kelab Penyokong PAS Intai Tanding Empat Negeri

Diterbitkan: Selasa, 5 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mengintai peluang untuk bertanding di empat buah negeri iaitu Johor, Selangor, Perak dan Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Senarai nama calon telah pun dikemukakan kepada PAS pusat untuk pertimbangan.

Ketua DHPP, Hu Pang Chow berkata, beliau yakin PAS Pusat akan mempertimbangkan sayap baru parti itu agar bertanding di lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan bandar.

"Yang pasti di DUN Tiram di Johor kita akan turunkan calon India iaitu Kumutha Raman. Pada 2008 dia bertanding di Parlimen Ulu Tiram.

"Tapi pada masa yang sama kita turut harapkan agar PAS Pusat pertimbangkan agar DHPP boleh bertanding di Selangor, Perak dan Kedah," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa parti itu akan meletakkan sekurang-kurangnya tiga calon daripada DHPP pada pilihan raya umum nanti.

Mengulas lanjut Phang bagaimanapun berkata sayap itu tidak mementingkan jumlah kerusi yang akan diberikan sebaliknya mahu memastikan kesemua calon mereka memenangi pilihan raya itu nanti.

"Yang saya pentingkan bukan jumlah kerusi (bertanding), tapi berapa banyak kerusi yang boleh menang...itu paling utama.

"Tak guna bertanding di sepuluh kerusi tapi hanya menang di satu kawasan. Lebih baik bertanding di tiga kerusi dan menang kesemuanya, itu barulah pencapaian 100 peratus," katanya lagi.

Mengulas mengenai kreteria calon-calon yang dicadangkan bertanding, Phang berkata: "Senarai calon sudah kita berikan kepada PAS Pusat.

"saya tak boleh dedahkan lagi kerana ia masih belum muktamad."

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan