Kadar Bunuh Diri Meningkat Di Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 5 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kadar kematian akibat bunuh diri semakin meningkat di Malaysia, dengan lebih daripada 1,000 orang mati dalam tempoh tiga tahun.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata nisbah bunuh diri daripada 2007 hingga 2010 adalah 1.3 bagi setiap 100,000 orang.

"Ini adalah berdasarkan angka yang kami perolehi daripada bedah siasat. Kami fikir kes bunuh diri kurang dilaporkan. Kami rasa terdapat kes yang tidak dilaporkan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini.

Daripada 1156 orang yang membunuh diri dalam tempoh tiga tahun, majoriti berusia antara 24 dan 44.

Liow berkata angka itu adalah membimbangkan kerana mangsa terdiri daripada kalangan kumpulan umur produktif.

"Statistik kebangsaan juga menunjukkan bahawa lelaki melebihi bilangan kaum wanita 3-1, manakala orang Cina pula mempunyai bilangan tertinggi bunuh diri pada 48%, diikuti oleh India (21%), Melayu (18%) dan kaum-kaum lain (13%)," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kadar bunuh diri di negara ini adalah jauh lebih rendah berbanding purata global iaitu 16 bagi setiap 100,000 orang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan