Hanya Yang Terbaik Untuk Pengambilan Pegawai ATM

Diterbitkan: Selasa, 5 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua dari kanan) bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin (dua dari kiri), Ketua Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud (kiri) dan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (kanan) ketika melawat Menara Star, Isnin. -foto AZMAN GHANI / The Star
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua dari kanan) bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin (dua dari kiri), Ketua Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud (kiri) dan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (kanan) ketika melawat Menara Star, Isnin. -foto AZMAN GHANI / The Star

PETALING JAYA: Hanya minda yang terbaik sahaja yang akan direkrut di kalangan pegawai baru Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada masa akan datang, demikian kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, langkah ini tidak dapat dielak lagi kerana ATM kini telah menjadi sebuah organisasi yang moden, canggih dan besar.

“Aset dan peralatan ATM telah menjadi semakin canggih dan hanya yang terbaik sahaja yang mampu mengendalikannya pada masa hadapan,” katanya selepas mengadakan kunjungan rasmi ke Menara Star bersama-sama pegawai tinggi ATM termasuk panglima dari tiga cabang utama iaitu darat, udara dan laut di sini pada Isnin.

Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai kebimbangan krisis di Laut China Selatan berikutan pertikaian di Kepulauan Spratlys dan kawasan sekitarnya, Dr Ahmad Zahid menegaskan bahawa Menteri Pertahanan China dan Setiausaha Pertahanan Filipina telah pun mengadakan perbincangan dari hati ke hati ketika berlangsungnya Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean di Phnom Penh, baru-baru ini.

“Mereka telah bersetuju bahawa langkah efektif dan yang paling berkesan ialah bukannya dengan tindakan ketenteraan sebaliknya melalui saluran diplomatik dan menjaga serta mengawal tatatertib,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Dr Ahmad Zahid juga memaklumkan bahawa pengangkutan perisai tentera (APC) buatan negara dijangka siap menjelang hujung tahun ini.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan