Euro 2012: Pertaruhan Bermula

Diterbitkan: Selasa, 5 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Euro 2012 akan bermula di Poland dan Ukraine pada Jumaat ini tetapi penonton di Malaysia dan di kebanyakan negara lain di dunia mula membuat pertaruhan mengenai kejohanan itu bulan lalu apabila musim Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir.

Walaupun ramai yang sudah 'panaskan badan' dengan membuat taruhan bagi peringkat perlawanan persahabatan namun ada yang sudah mempertaruhkan pasukan mana yang akan bertemu pada peringkat akhir, pemenang serta jumlah gol yang bakal dijaringkan.

Ramai peminat sukan bola sepak membuat taruhan melalui bookie tempatan yang sama dengan EPL.

Malah ramai juga yang membuat taruhan melalui internet.

Laman web antarabangsa mula membuat pertaruhan bagi peringkat persahabatan termasuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 untuk zon Amerika Selatan.

Seorang lelaki berusia 26 tahun mengaku menjadi penagih aktiviti judi berkata: "Saya selalu berjudi semasa Piala Dunia atau kejohanan Euro."

"Kali ini, saya mula lebih awal dan meletakkan pertaruhan pada perlawanan persahabatan England-Belgium hujung minggu lalu melalui laman pertaruhan internet," kata lelaki yang tidak mahu dikenali itu.

Seorang bekas bookie berkata pertaruhan akan lebih hebat dan menarik apabila membabitkan pasukan yang lebih popular seperti Sepanyol, Jerman, Belanda dan England.

Polis kini dalam langkah berjaga-jaga bagi mengawasi sindiket pertaruhan Euro 2012.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata polis melancarkan Ops Soga pada 31 Mei lalu untuk memantau sindiket judi.

"Kami juga sedang memantau secara dekat orang-orang yang sebelum ini ditangkap kerana mengambil pertaruhan yang tidak sah di sisi undang-undang," katanya.

"Kita juga tidak akan teragak-agak untuk menyerbu pusat operasi taruhan," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan