WWW 1: Dewan Pemuda PAS Perak Buat Laporan Polis Terhadap Akhbar Kosmo

Diterbitkan: Isnin, 4 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Dewan Pemuda Pas Perak, Isnin, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh terhadap sebuah akhbar berbahasa Melayu yang didakwa menyiarkan dua siri karikatur berkaitan pembidaan nombor plat WWW 1 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata dua siaran karikatur di akhbar berkenaan pada 28 dan 30 Mei lepas adalah jelas mengenai bidaan plat pendaftaran berkenaan tetapi akhbar berkenaan tidak diambil tindakan oleh polis.

Polis juga perlu menyiasat tindakan akhbar itu memandangkan bekas menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamluddin yang mengeluarkan kenyataan berhubung bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor itu, juga disiasat, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu di sini.

Sultan Johor memenangi bidaan untuk nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000 dan kemudian Mohammad Nizar dalam Twitternya menyatakan bahawa jumlah wang yang besar itu boleh digunakan untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah.

Rabu lepas, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilapor menafikan bidaan nombor plat WWW 1 oleh ayahanda baginda menggunakan wang rakyat.

Berikutan itu, polis Johor yang menerima lapan laporan berhubung perkara itu menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kenyataan bekas Menteri Besar Perak tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan