Proses Penamaan Calon PRU-13 Dijangka Selesai 10.30 Pagi - SPR

Diterbitkan: Isnin, 4 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka proses penamaan calon pada pilihan raya umum ke-13 akan selesai menjelang 10.30 pagi susulan pemansuhan proses pamer dan bantah.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata tanpa proses itu, tugas memastikan calon yang mahu bertanding bersih dan layak terletak pada pegawai pengurus pilihan raya.

"Dengan pemansuhan ini, kita jangka penerimaan kertas pencalonan amat awal, sekitar pukul 9 hingga 10 pagi berbanding sehingga tengah hari pada PRU (pilihan raya umum) sebelum ini.

"Oleh itu, nama-nama calon ini dijangka diisytharkan menjelang 10.30 pagi dan tempoh bertugas SPR menjadi singkat, namun harus diingatkan tanggungjawab kita akan meningkat sebab semua kuasa terletak kepada pegawai pengurus," katanya ketika berucap pada taklimat pilihan raya umum ke-13 bagi pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus negeri Terengganu, di sini, Isnin.

Beliau juga menjangka SPR berdepan cabaran yang lebih hebat pada pilihan raya umum akan datang susulan beberapa peraturan baharu yang dikuat kuasa kali ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan