Nizar Akan Beri Kenyataan Polis Rabu Ini - Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 4 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Dua pegawai polis Johor akan mengambil kenyataan daripada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak Rabu ini berhubung kenyataannya menerusi Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengesahkan perkara itu berkata, Mohammad Nizar bersetuju untuk memberikan kenyataannya kepada polis pada hari tersebut.

"Saya telah dimaklumkan oleh Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Shariff, pihak polis Johor telah menerima 39 laporan polis dan kenyataan daripada 39 orang mengenai kenyataan Nizar itu," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Bercakap selepas melakukan program tinjauan mesra di Taman Sri Lambak di sini, beliau yang juga Anggota Parlimen Semberong itu berkata, Mohammad Nizar perlu melalui proses siasatan seperti biasa.

Baru-baru ini, Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak menerusi laman Twitter mempersoal pembelian nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor, menggambarkan seolah-olah baginda menggunakan wang rakyat.

Lebih daripada 500 daripada 26 persatuan di Johor pada Ahad mengadakan perarakan sejauh kira-kira 3 kilometer di bandaraya Johor Baharu bagi mengutuk tindakan Mohammad Nizar itu.

Hishammuddin berkata, perarakan oleh rakyat Johor itu merupakan luahan daripada bawah yang menyayangi baginda Tuanku dan merasakan institusi diraja tidak harus diperkotak-katikkan.

Bagaimanapun, beliau menasihati sebarang tindakan perlu mengikut lunas undang-undang negara dan membiarkan proses siasatan berjalan lancar.

Ditanya akta apakah bekas Menteri Perak itu disiasat, beliau berkata, Mohammad Nizar disiasat mengikut Akta Hasutan, tetapi proses pendakwaan akan dilaksanakan oleh Jabatan Peguam Negara.

"Selepas kertas siasatan itu selesai, polis akan menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara yang akan melihat di bawah akta mana beliau akan didakwa," kata Hishammuddin. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan