Malaysia Masih Perlukan 100,000 Amah Dari Indonesia - Subramaniam

Diterbitkan: Isnin, 4 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Malaysia masih memerlukan 100,000 pembantu rumah dari Indonesia selepas pembekuan terhadap penghantaran pembantu rumah dari negara itu ditarik balik oleh kerajaan Indonesia baru-baru ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk S Subramaniam berkata sehingga kini, kementerian itu menerima antara 70,000 dan 80,000 permohonan untuk mendapatkan pembantu rumah dari negara itu yang dijangka akan terus meningkat.

Beliau berkata bagaimanapun kos yang dikenakan agak tinggi terhadap agensi yang terlibat menyebabkan Indonesia lebih tertumpu untuk menghantar pekerja asing ke negara lain yang menawarkan gaji yang lebih lumayan.

"Mereka kini melatih pembantu rumah tetapi mereka lebih memilih untuk ke Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan dan Singapura kerana gajinya lebih tinggi," katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Anggota Parlimen Segamat, Taman Segamat Jaya di sini Ahad.

Subramanian, yang juga Anggota Parlimen Segamat, berkata pada masa kini, terdapat lebih 200,000 pembantu rumah dari luar di negara ini dan daripada jumlah itu, 150,000 orang dari Indonesia, 30,000 dari Kemboja manakala selebihnya dari negara lain.

Sehubungan itu, katanya perkara tersebut akan dirujuk kepada Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) supaya segala permasalahan yang timbul diatasi dengan kadar segera.

Katanya kerajaan Indonesia juga mengetatkan pelbagai syarat bagi setiap pengambilan pekerja asing dari negara itu, termasuk memastikan pengambilan dan penghantaran dibuat melalui proses yang sah di sisi undang-undang.

Seramai 29 amah Indonesia mula bertugas dengan majikan tempatan bagi fasa pertama selepas Indonesia menarik balik pembekuan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia pada 1 Dis tahun lalu.

Subramaniam berkata Malaysia sedang berusaha untuk mendapatkan kumpulan kedua amah Indonesia dalam masa terdekat dan bilangannya masih belum diketahui.

Indonesia melaksanakan pembekuan sementara amah pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kes penderaan terhadap pembantu rumah dari negara itu oleh majikan Malaysia.

Bagaimanapun pembekuan sementara penghantaran pembantu rumah ditarik balik berikutan kesepakatan yang dicapai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Oktober dan di Bali pada November tahun lalu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan