Lonjakan Pembangunan Negara Perlu Sokongan Padu Rakyat - PM

Diterbitkan: Isnin, 4 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JULAU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) merancang satu lonjakan besar dalam pembangunan di negara ini dan memerlukan sokongan lebih padu daripada rakyat untuk menjayakannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata BN melihat pembangunan yang ada sekarang bukan sahaja akan diteruskan malah perlu ditingkatkan lagi khususnya dalam menjana transformasi besar di kawasan pedalaman.

"Tidak ada parti yang ada trek rekod untuk membangunkan kawasan luar bandar melainkan Barisan Nasional," katanya semasa berucap sempena lawatan Gawai beliau ke Rumah Panjang Jana Saweng di Batu Matup di sini Ahad.

Beliau berkata sambutan hebat yang diterimanya dalam lawatan itu menggambarkan sokongan teguh rakyat kawasan ini terhadap BN.

Katanya lawatan perayaan Gawai atau 'Ngabang' dalam Bahasa Iban itu merupakan pendekatan beliau untuk mendahulukan rakyat.

Najib berkata kalau sambutan Gawai dibuat di peringkat negeri sahaja, hanya orang tertentu sahaja yang dapat menghadiri majlis berkenaan.

"Kita buat cara yang mendahulukan rakyat. Bukan tuan-tuan dan puan-puan yang hadir ke majlis rasmi kerajaan tetapi saya yang datang ke rumah panjang tuan-tuan dan puan-puan," katanya.

Ketibaan Najib disambut dengan paluan Gendang Pampit Iban serta upacara Miring dan bebiau yang merupakan dua upacara tradisional Iban bagi memohon keberkatan. Beliau turut menyertai tarian ngajat yang merupakan satu daripada tarian tradisional masyarakat Dayak di Sarawak.

Kira-kira 4,000 orang membanjiri rumah panjang itu untuk meraikan perayaan Gawai bersama-sama Perdana Menteri.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Mahmud, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum, yang juga Anggota Parlimen Julau dan beberapa menteri persekutuan serta negeri adalah antara kenamaan yang turut hadir dalam majlis itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan