Kurang Tawaran Pekerja Berkelayakan Punca Pengawal Keselamatan Digaji Secara Haram

Diterbitkan: Isnin, 4 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ramai pengawal keselamatan yang menjaga kawasan kejiranan, apartment dan kilang-kilang digaji secara haram dan ia bukan sesuatu yang rahsia lagi dalam industri sekuriti.

Permintaan yang tinggi terhadap sekuriti dan kekurangan penawaran terhadap pekerja-pekerja yang berkualiti mendorong mereka mengambi warga asing berkhidmat sebagai pengawal secara haram.

Pada masa ini, hanya rakyat tempatan dan warga Nepal dari etnik Gurkha sahaja dibenarkan bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Presiden Persatuan Perkhidmatan Keselamatan Malaysia, Datuk Shaheen Mirza Habib berkata, permintaan terhadap pengawal semakin meningkat sering dengan pembangunan apartment, premis kedai-kedai dan kawasan perindustrian baru.

Beliau berkata, beberapa syarikat yang tidak bertanggungjawab sanggup menggaji penagih dadah yang terdesak untuk mendapatkan kerja.

“Saya begitu kecewa dengan beberapa ahli yang membuat kontrak dan mengambil pengawal secara haram,” kata beliau.

Persatuan itu mempunyai 600 syarikat dengan 150,000 pengawal keselamatan sebagai ahli.

Shaheen yang merupakan pengarah urusan di sebuah firma keselamatan terbesar berkata, beberapa syarikat masing-masing membuat potongan dengan menawarkan kadar pengawal lebih murah kepada para pelanggan.

“Syarikat-syarikat besar mampu membayar pengawal yang berkualiti antara RM12 sehingga RM15 sejam. Tetapi sekiranya firma dibayar RM5 sejam, mungkin hanya RM3 diperoleh oleh pengawal itu dan kesannya akan mendapat seseornag yang tidak berdisiplin atau berupaya berkhidmat dengan baik,” katanya.

Shaheen berkata, persatuan mahu kuota membenarkan daripada hanya lima peratus daripada tenaga kerja keselamatan diberikan kepada warga asing dinaikkan kepada 20 peratus, sambil menambah para pelanggan lebih mahukan pengawal warga asing yang memberi khidmat lebih baik berbanding pengawal tempatan.

Beliau juga menjadikan contoh pelanggan yang enggan membayar lebih sebagai satu masalah asas.

“Anda tidak boleh bayar sedikit dan mengharapkan seorang komando tentera untuk mengawal kediaman anda,” tambahnya.

Satu tinjauan The Star di kawasan kediaman berpagar di Damansara mendapati pengawal keselamatan adalah dari India dan Pakistan.

Sementara itu, wartawan mStar Online, IWAN SHU-ASWAD SHUAIB melaporkan kerajaan membenarkan seramai 10,000 warga Nepal dari etnik Grukha untuk diambil bekerja sebagai pengawal keselamatan di bawah Program 6P.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, pada masa ini kira-kira 150,000 pengawal peselamatan warga tempatan manakala 5,000 lagi adalah warga Nepal Gurkha diambil bekerja sebagai pengawal keselamatan yang sah di negara ini.

Alias berkata, kira-kira 300 syarikat kawalan keselamatan telah membuat permohonan untuk mendapatkan khidmat Nepal Gurkha yang berdaftar dengan Program 6P.

Alias menegaskan bahawa adalah menjadi satu kesalahan sekiranya mana-mana syarikat menggajikan pengawal keselamatan yang bukan rakyat tempatan atau warga Nepal Gurkha.

“Warga Nepal yang bukan daripada etnik Gurkha juga tidak dibenarkan berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di negara ini.

“Tujuan kita mengambil khidmat mereka (warga Nepal Gurkha) adalah kerana mereka merupakan bekas tentera British yang mempunyai pengalaman dalam menjaga dan mengawal keselamatan,” kata beliau.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan