Hishammuddin Tidak Tolak Kemungkinan Pembangkang Cetus Huru-Hara Selepas PRU-13

Diterbitkan: Isnin, 4 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak menolak kemungkinan pembangkang akan mencetuskan huru-hara jika mereka tewas dalam pilihan raya umum ke-13.

"Apabila mereka sanggup memperalat dan memperkuda pelajar, tidak mustahil sekiranya pilihan raya umum tidak memihak mereka, mereka sanggup menghuru-harakan jalanan di atas nama hak, di atas nama kebebasan atau di atas nama hak asasi. Saya tidak tolak kemungkinan perkara ini berlaku," katanya, Isnin.

Hishammuddin yang juga Anggota Parlimen Semberong berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Taman Sri Lambak di sini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno, bagaimanapun memberi jaminan kementeriannya tidak akan membiarkan perkara itu berlaku dan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada demi menjaga keselamatan awam.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilapor berkata, pembangkang akan mencetuskan huru-hara jika mereka kalah pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan