Euro 2012: Ukraine, Poland Selamat Dikunjungi

Diterbitkan: Isnin, 4 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Para peminat bola sepak yang merancang untuk melancong ke Ukraine dan Poland untuk Euro 2012, tidak perlu berasa bimbang, kata Duta Ukraine ke Malaysia Ihor V. Humennyi.

"Ukraine adalah tempat tinggal bagi lebih dari 100 bangsa dari pelbagai negara, dengan latar belakang budaya dan agama yang berlainan, yang hidup dalam suasana harmoni.

"Dalam sejarahnya, permusuhan dan masalah perkauman antara negara dan kumpulan etnik tidak pernah berlaku.

"Rakyat Ukraine juga peramah dan bertoleransi. Rakyat Malaysia akan dapat merasakan ini semasa lawatan mereka untuk Euro 2012," kata Humennyi menghapuskan kebimbangan terhadap dakwaan terkini bahawa terdapat isu perkauman dan rusuhan keganasan di stadium bola sepak di kedua-dua negara di timur Eropah itu.

Minggu lepas, sebuah program siasatan 'BBC Panorama' menunjukkan rakaman peminat bola sepak Ukraine memberi tabik hormat seperti Nazi, mengejek pemain berkulit hitam dengan "bunyi monyet" dan menyerang kumpulan pelajar India.

Mengakui terdapat samseng bola sepak di Ukraine, "seperti juga di negara-negara lain", Humennyi bagaimanapun menegaskan negara ini adalah sebuah negara "yang mempunyai sejarah bola sepak dan tradisi yang baik".

Turut menyangkal dakwaan perkauman, Konsul dan Timbalan Ketua Misi di Kedutaan Poland di Malaysia Katarzyna Wilkowiecka yang berkata kunjungan pelawat dialu-alukan di kedua-dua negara - walaupun mereka tidak mempunyai tiket perlawanan.

"Mereka masih boleh berseronok dan menonton perlawanan di skrin besar di sana. Kami amat mesra terhadap orang asing," katanya.

"Saya memberi jaminan anda tidak akan berdepan mana-mana serangan perkauman di Poland."

Poland adalah destinasi pelancongan popular di kalangan rakyat Malaysia dan 200 pelajar tempatan sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di sana sejak tahun lepas.

Mereka yang pergi ke Poland tidak perlu memohon visa kerana negara ini telah menjadi ahli Kesatuan Eropah sejak tahun 2004.

Kedua-dua negara jiran ini akan berkongsi lokasi perlawanan melibatkan 16 negara Eropah dari sepakan pertama di Warsaw, Poland, pada 8 Jun dan perlawanan peringkat akhir di Kiev, Ukraine, pada 1 Julai.

Kira-kira 300 rakyat Malaysia setakat ini telah memohon visa untuk menghadiri acara itu, menurut pegawai-pegawai di kedutaan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan