AirAsia X Tawar Tambang Rendah

Diterbitkan: Isnin, 4 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kempen promosi AirAsia X, 'Take a Break', yang bermula, Isnin, hingga 17 Jun, menjanjikan percutian idaman ke destinasi terpilih AirAsia X di lima negara semasa musim perayaan dan percutian.

Dalam satu kenyataan di sini, syarikat itu berkata kempen berkenaan termasuk tambang serendah RM349 termasuk semua ke Jepun (Osaka, Tokyo), di mana penumpang boleh menyertai Festival Bon yang berlangsung antara Julai dan Ogos, setiap tahun.

Destinasi lain yang ditawarkan dengan tambang termasuk semua dari serendah RM389 ke Taiwan (Taipei).

"Penumpang boleh ke bandar raya Taipei yang sibuk dan menikmati makanan penjaja Taiwan yang popular serta pilihan membeli belah atau pengalaman budaya Air Panas Taiwan," katanya.

Penumpang juga boleh memilih bagi perjalanan dengan tambang termasuk semua dari serendah RM399, untuk ke Australia (Perth, Sydney, Gold Coast, Melbourne) dan menikmati musim sejuk dan musim bunga atau menikmati musim panas di China (Chengdu, Hangzhou) dari serendah RM419.

Penumpang juga boleh mengambil peluang ini untuk mengunjungi kuil lama dan istana hebat Seoul Korea pada hanya RM489 termasuk semua dari Kuala Lumpur.

Tambang promosi "Take a Break" boleh didapati untuk tempahan dalam talian bagi tempoh perjalanan antara 1 Julai 2012 dan 27 Oktober, 2012.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.airasia.com. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan