Terengganu Kenal Pasti Dua Pelajar Tajaannya Terlibat Bersih 3.0

Diterbitkan: Ahad, 3 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Dua pelajar tajaan Yayasan Terengganu yang dikenal pasti terlibat dengan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara April lepas, diberi surat tunjuk dan nasib mereka bakal diketahui sebaik sahaja mesyuarat lembaga pengarah berlangsung dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata tindakan pelajar yang sedang menuntut di Trefound Educare, syarikat milik penuh Yayasan Terengganu, menyertai perhimpunan itu seolah-olah mencabar kerajaan sedangkan mereka tahu syarat dan peraturan sebagai pelajar.

Beliau berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan kedua-dua pelajar degil itu berikutan rakaman yang diperoleh serta dimuat naik sendiri dalam laman sosial kepunyaan kedua-dua pelajar itu, masing-masing berasal dari Durian Burung di sini dan Rhu Renggeh, Marang.

Setakat ini pihaknya masih dalam usaha mengenal pasti beberapa pelajar lagi yang terlibat dalam perhimpunan haram itu untuk dikenakan tindakan yang sewajarnya, kata Ahmad kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau kesal kerana masih ada pelajar yang tidak mengambil iktibar dan pengajaran terhadap tindakan menarik balik serta-merta pinjaman sembilan pelajar sebelum ini kerana kesalahan menyertai demostrasi haram di luar negara.

"Selain itu, kami dalam proses mengumpul bukti kukuh untuk mengaitkan beberapa lagi pelajar kerana terdapat laporan ada antara pelajar di bawah tajaan ini turut serta dalam demonstrasi bersama parti pembangkang," katanya.

Ahmad berkata difahamkan seorang daripada pelajar yang didapati terlibat dalam demonstrasi itu mempunyai pertalian keluarga dengan Anggota Dewan Undangan Negeri daripada parti pembangkang di negeri ini.

Beliau berkata sewajarnya pelajar menumpukan perhatian terhadap pelajaran untuk lulus dengan cemerlang, sekali gus berjaya memperoleh pekerjaan yang diimpikan, namun masih ada pelajar yang bertindak kurang bijak kerana taksub dengan parti politik tertentu.

"Kita berharap selepas ini pelajar lebih berhati-hati dan memahami dengan jelas surat perjanjian yang ditandangani ketika memohon pinjaman dan tajaan pendidikan kerana tindakan tegas akan diambil jika didapati terlibat dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan