Polis Akan Siasat Dakwaan GRO Rakyat Malaysia Di Jepun

Diterbitkan: Ahad, 3 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis akan menyiasat mengenai dakwaan wanita Malaysia diperdayakan oleh sindiket warga Nigeria yang dikenali sebagai “Gagak Hitam” untuk bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di Jepun.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, ia merupakan perkara baru.

“Saya pernah mendengar beberapa sindiket di sini di mana membawa masuk warga asing untuk bekerja sebagai GRO dan terlibat dengan aktivit-aktiviti maksiat.

“Tetapi ini merupakan kali pertama saya mendengar sindiket yang memperdayakan wanita Malaysia untuk bekerja di luar negara sebagai GRO dan dalam perkhidmatan teman sosial,” kata beliau pada Sabtu.

Beliau berkata, pihak berkuasa Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk menghalang wanita-wanita yang secara sukarela untuk bekerja sebagai GRO malah dalam aktiviti-aktivit maksiat di seluruh negara, sambil menambah ia bergantung kepada undang-undang negara itu dan pihak berkuasa di sana untuk mengambil tindakan ke atas mereka.

“Bagaimanapun, jika dakwaan yang mengenai anggota sindiket warga Nigeria di Tokyo adalah benar dan mereka menjalankan operasi di Malaysia maka kami akan menyiasat tentang perkara ini, lebih-lebih lagi mereka menawarkan gadis Malaysia bawah umur untuk berkhidmat dengan mereka,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya juga akan menyiasat sama ada gadis-gadis berkenaan dipaksa untuk didagangkan atau terdapat mereka diperdayakan.

The Star pada Sabtu melaporkan seorang rakyat Nigeria yang menjalankan operasi dari Ropponggi dan Kabukicho di kawasan panas di Tokyo, Jepun, menawarkan gadis-gadis Malaysia berusia di bawah 25 tahun untuk RM2,000 untuk khidmat teman sosial selama 24 jam.

Warga Nigeria itu, yang menamakan dirinya sebagai Kent, didakwa turut menawarkan gadis Malaysia berusia 16 tahun tetapi harganya tidak murah berikutan masih bawah umur.

Ketua Biro Aduan dan Khidmat Masyarakat MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, beliau belum pernah mendengar sebarang kes melibatkan rakyat Malaysia yang dibawa ke Jepun untuk berkhidmat sebagai GRO meskipun beliau tidak menolak terdapat kemungkinan mengenai perkara itu.

“Jepun merupakan wilayah yang ketat dengan undnag-undang dan tidak akan membiarkan pelawat yang tidak diyakinkan dengan tujuan lawatannya ke Jepun.

“Sindiket itu mesti mempunyai asas yang baik jika mereka boleh melakukan perkara sedekimian kerana adalah mahal untuk terbang ke Malaysia dan terdapat keperluan visa yang ketat,” kata Chong, sambil menambah wanita-wanita yang “diiklankan” mungkin bukan dari Malaysia, tetapi dari China.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada cara untuk menghalang rakyat Malaysia untuk pergi ke negara lain dan menyalahgunakan visa perjalanan mereka kerana amat sukar untuk mengetahui niat sebenar mereka.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan