Pilihan Raya Ketika Musim Haji Hanya Spekulasi PAS - Abdullah

Diterbitkan: Ahad, 3 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan sebagai semata-mata spekulasi PAS apabila mengandaikan pilihan raya umum akan diadakan ketika musim haji ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, PAS hanya mahu meraih sokongan daripada pengundi beragama Islam.

"Perdana Menteri belum lagi mengumumkan tarikh untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), jadi bagaimana pula mereka (PAS) boleh tahu bila tarikh pilihan raya.

"Lagipun takkan Perdana Menteri nak buat seperti yang disebut itu, beliau (Najib) orang Islam juga," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan notebook kepada pemimpin masyarakat di dalam kawasan Parlimen Kepala Batas di sini Ahad.

Abdullah yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas diminta mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menjangka PRU13 akan diadakan September ini ketika musim haji bagi memastikan kejayaan Barisan Nasional (BN).

Beliau mendakwa langkah itu dibuat berikutan ramai penyokong PAS akan mengerjakan haji pada masa itu dan Umno sebagai tunjang BN akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelakkan isu sebenar berhubung pembersihan sistem pilihan raya sebelum proses mengundi diadakan.

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang turut hadir pada majlis itu berkata kenyataan Abdul Hadi itu menunjukkan seolah-olah pengundi dari PAS sahaja yang menunaikan haji.

"Orang Umno pun menunaikan haji dan bukan hanya orang PAS sahaja pergi Mekah. Jadi janganlah buat kenyataan seolah-olah kita (Umno) boleh menang kerana buat (mengundi) masa orang menunaikan ibadat haji.

"PAS juga dilihat seperti takut dengan kekuatan BN sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan seperti itu. Saya percaya ia (kenyataan itu) untuk tarik pengundi Islam membenci kerajaan," katanya yang juga Ketua Pemuda Umno Kepala Batas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan