PAS Tiada Peranan Dalam Pakatan Pembangkang - Reezal Merican - Berita Semasa | mStar

PAS Tiada Peranan Dalam Pakatan Pembangkang - Reezal Merican

Diterbitkan: Ahad, 3 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Pemuda Umno mahu PAS membuktikan 'suara' mereka didengar dalam pakatan pembangkang terlebih dahulu sebelum beriya-iya mahu menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mempersoal bagaimana PAS mahu menjadi parti utama orang Melayu sedangkan parti itu tiada peranan dalam pakatan tersebut dan hanya sebagai 'pak turut' kepada DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Macam mana dia (PAS) nak jadi parti utama kepada orang Melayu kalau suara mereka dalam pakatan pembangkang pun tidak ada orang nak dengar, ini semua hanya mimpi-mimpi PAS.

"Sebagai contoh, PAS mahu (Malaysia) jadi negara Islam tapi rakannya dalam pakatan tidak mahu, suara mereka (PAS) tidak ada sesiapa nak dengar," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dipetik sebagai berkata parti itu sudah bersedia untuk menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.

Abdul Hadi ketika berucap menyampaikan amanat sempena Program Himpunan Hijau ke Putrajaya di Alor Setar, Kedah, semalam juga dilaporkan berkata pakatan pembangkang juga sudah bersedia untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) bagi memimpin negara.

Reezal yang juga Ketua Pemuda Umno Kepala Batas berkata kenyataan Abdul Hadi itu juga hanya gimik politik PAS yang mahu meraih sokongan orang Melayu.

"Kenyataan Presiden PAS itu juga hanya mahu meracuni fikiran rakyat dan saya percaya PAS tidak mungkin dapat menggantikan Umno kerana sokongan untuk parti itu masih di belakang DAP dan PKR.

"Sedangkan Umno dalam Barisan Nasional adalah tunjang kepada parti komponen lain," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan