MEF Beri Amaran Terhadap Kesan Euro 2012 Dan Sukan Olimpik Di Pejabat

Diterbitkan: Ahad, 3 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dengan acara Euro 2012 dan Sukan Olimpik yang akan diadakan tidak lama lagi, para majikan diberi amaran tentang produktiviti lebih rendah.

“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, para majikan perlu bersedia berhadapan dengan kadar ketidakhadiran yang tinggi semasa dua acara ini berlangsung sama ada dengan MC atau tidak hadir,” kata Pengarah Eksekutif Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan.

Shamsuddin menjangkakan produktiviti secara keseluruhan akan menurun, dan memberi kesan kepada mereka yang tidak mengikuti acara tersebut.

Euro 2012 akan bermula pada Sabtu depan manakala Sukan Olimpik akan diadakan pada Julai dan Ogos.

“Jika ramai pekerja yang mengambil cuti, beban kerja tambahan terpaksa diserahkan kepada pekerja-pekerja lain,” kata Shamsuddin.

MEF mempunyai keahlian daripada 4,500 syarikat dan 18 gabungan perdagangan.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) telah menasihatkan para anggotanya supaya menjauhkan daripada bertaruh dan lintah darat.

Menurut MTUC, ramai yang telah jatuh bankrap semasa acara sukan utama kerana mereka menjadi mangsa kepada lintah darat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan