MB Selangor Didesak Jelas Isu Pewartaan Padang Bola PKNS

Diterbitkan: Ahad, 3 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penduduk Kelana Jaya serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang meneruskan bantahan terhadap cadangan membangunkan padang bola PKNS di sini, mendesak kerajaan negeri Selangor memberi penjelasan terhadap isu dua status pewartaan padang itu yang dilihat saling bercanggah.

Penyelaras Barisan Nasional Seri Setia, Datuk Abdul Halim Samad yang turut bersama kira-kira 200 orang yang mengadakan bantahan itu pada Ahad berkata, Menteri Besar hendaklah memberi penjelasan tentang dua status pewartaan yang berbeza itu dan kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam perkara tersebut.

"Kami mahu projek ini dibatalkan sama sekali. Ada yang mencadangkan agar projek itu dipindahkan ke tempat lain agar tidak mengorbankan padang harian kesayangan para penduduk di kawasan ini,” katanya kepada pemberita.

Sehubungan itu, beliau menyeru Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Menteri Besar supaya memberikan satu penjelasan sama ada wujud penyelewengan atau tidak terhadap isu tersebut.

Abdul Halim berkata, satu laporan polis akan dibuat sekiranya MBPJ dan Menteri Besar gagal memberi penjelasan yang munasabah kepada para penduduk.

Rabu lepas media melaporkan terdapat dua dokumen yang saling bercanggah dalam Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) di mana dokumen Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menunjukkan padang itu diwartakan sebagai tapak perniagaan dan perkhidmatan manakala dokumen sama Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa Selangor menunjukkan kawasan itu diwartakan sebagai tanah lapang dan rekreasi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan