Konsep Masyarakat Selamat Perlu Diperkenalkan - Lee Lam Thye

Diterbitkan: Ahad, 3 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang aktivis masyarakat pada Ahad mencadangkan agar pihak berkuasa memperkenalkan konsep 'Masyarakat Selamat' berikutan kebimbangan orang ramai terhadap isu keselamatan memandangkan kadar jenayah di negara ini masih serius.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, masyarakat selamat boleh didefinisikan sebagai tempat orang ramai tinggal, bekerja dan berekreasi dengan selamat dan sihat.

"Selain memperbaiki kehidupan individu, masyarakat selamat dapat mewujudkan manfaat bersama antaranya jaminan keselamatan untuk orang ramai, mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan produktiviti serta persaingan," katanya dalam satu kenyataan di sini Ahad.

Lee berkata, polis dan pihak berkuasa lain boleh melaksanakan beberapa langkah bagi memastikan perlindungan lebih baik terutamanya kepada kanak-kanak dan orang awam secara amnya.

"Antara langkah adalah seperti rondaan kaki dan bermotor di kawasan berisiko tinggi, kerap mengadakan sesi dialog dengan penduduk dan pertubuhan perniagaan bagi kedua-dua pihak menyuarakan kebimbangan terhadap isu keselamatan serta mengadakan kempen pencegahan jenayah.

"Pihak berkuasa tempatan perlu mengenal pasti kawasan untuk dipasangkan kamera litar tertutup (CCTV) dan memberi perhatian terhadap pencahayaan yang baik di lorong-lorong dan simpang-simpang jalan yang gelap dan sunyi," katanya.

Mengenai perlindungan ke atas kanak-kanak daripada perbuatan jenayah, Lee berkata, ini seharusnya dimulakan oleh ibu bapa kanak-kanak itu sendiri menerusi pendidikan dari rumah dan bukan mengharapkan tugas daripada pihak berkuasa yang berkenaan semata-mata.

Beliau berkata, sebagai langkah pencegahan awal, ibu bapa boleh mendidik anak-anak bagaimana hendak melindungi diri mereka sendiri.

"Ibu bapa perlu tahu di mana anak mereka berada sepanjang masa. Mereka perlu mendidik anak-anak mereka bagaimana untuk respons kepada sebarang situasi yang berbahaya," katanya.

Beliau berkata, ibu bapa dan penjaga kepada anak-anak seharusnya bersikap berhati-hati dan sentiasa berwaspada bagi memastikan keselamatan terbaik untuk anak mereka.

"Ibu bapa harus menasihatkan anak-anak supaya berhati-hati dengan orang tidak dikenali, mendidik tentang keselamatan dan apa perlu mereka lakukan apabila sesuatu insiden berlaku.

"Ibu bapa perlu sentiasa memantau di mana anak-anak berada dan tidak melepaskan mereka tanpa diawasi, sentiasa mendidik mereka untuk berasa sangsi dengan orang tidak dikenali dan tidak mudah percaya kepada sesiapa," katanya.

Lee berkata, pendidikan tentang keselamatan kanak-kanak juga perlu diperkenalkan di sekolah rendah kerana murid mudah terdedah kepada pelbagai risiko ketika berada di luar kawasan sekolah. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan