Bukit Kiara Akan Digazet Sebagai Taman Awam - Berita Semasa | mStar

Bukit Kiara Akan Digazet Sebagai Taman Awam

Diterbitkan: Ahad, 3 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pleawat-pelawat di Bukit Kiara boleh menyaksikan satu persekitaran yang semula jadi dan selamat untuk beriadah dan berekreasi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, bukit berkeluasan 160 hektar itu akan digazetkan sebagai taman awam dan terdapat rancangan sedang diusahakan untuk memastikan ia lebih kondusif untuk para pelawat.

Sebagai permulaan, keseluruhan bukit itu akan dipagari untuk keselamatan orang awam, beliau berkata sambil menambah bahawa sekurang-kurangnya lima pintu masuk akan didirikan di lokasi strategik untuk keselesaan mereka.

Chor berkata, kementerian telah meminta Jabatan Tanah dan Galian untuk menggazetkan bukit itu secepat mungkin.

“Ia merupakan satu-satunya taman yang berkeluasan sebesar itu di Kuala Lumpur dan kami (Kerajaan) menggalakkan orang awam untuk menggunakannya.

“Saya dimaklumkan bahawa kira-kira 7,000 pelawat ke sana pada hujung minggu,” kata beliau pada Sabtu.

Chor berkata, Jabatan Landskap Negara di bawah kementeriannya akan melakukan yang terbaik untuk mengekalkan persekitaran yang semula jadi semasa dan selepas pembangunan bagi taman itu.

Pembangunan itu yang baru sahaja dimulakan akan mengambil masa 20 tahun untuk siap sepenuhnya, beliau berkata, ia juga akan mempunyai laluan khas untuk basikal.

Chor berkata, beliau menerima aduan mengenai tumbuh-tumbuhan di bukit itu dirosakkan.

“Malah, kami (kementerian) telah menanam sebanyak 14,000 pokok di sana setakat ini dan lebih banyak akan ditanam,” katanya.

Chor berkata, Kerajaan memahami terdapat masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin dan mahu agar ia dipelihara maka sebab itu langkah untuk menggazetkannya sebagai taman awam dan menambah baiknya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan