Alimuddin Mahu Kongsi Pengalaman Tambah Baik Perkhidmatan Awam

Diterbitkan: Ahad, 3 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom mahu berkongsi pengalamannya selama 35 tahun dalam perkhidmatan awam untuk menambah baik sektor itu terutamanya perkhidmatan perguruan.

Alimuddin, yang dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam, berkata transformasi perkhidmatan awam negara banyak bergantung kepada kemajuan sektor perguruan kerana hampir satu per tiga daripada jumlah keseluruhan penjawat awam adalah guru.

"Pelantikan ini adalah satu penghormatan kepada saya dan saya akan memberi sokongan dan bantuan yang diperlukan untuk menjadikan perkhidmatan awam terutamanya perguruan lebih baik, produktif dan bertaraf dunia," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini mengumumkan pelantikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi sebagai Pengerusi dan enam anggota suruhanjaya khas, yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara.

Selain Alimuddin, lima lagi anggota suruhanjaya itu ialah bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam; bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Hadenan A. Jalil; bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Hussin Ismail; bekas Panglima Latihan Tentera Darat Mej Jen (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji transformasi perkhidmatan awam ini, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara, diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas bersama penjawat awam di Putrajaya, 8 Mac lepas.

Sementara itu, Omar berkata Cuepacs menyambut baik pelantikan bekas ketua hakim negara sebagai pengerusi serta anggota lain dalam suruhanjaya khas itu.

"Pemilihan wakil Cuepacs dalam suruhanjaya ini merupakan satu pengiktirafan dan penghargaaan kepada kami," katanya.

Beliau berkata antara isu yang akan dibangkitkan Cuepacs kelak ialah berkenaan latihan kemahiran, insentif baru, kenaikan gred dan perkara berkaitan dalam skim perkhidmatan awam. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan