Tuanku Abdul Halim Berangkat Ke Istiadat Mengarak Panji-Panji

Diterbitkan: Sabtu, 2 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat ke majlis Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Kem Perdana Sungai Besi di sini, Sabtu.

Istiadat sembah ikrar taat setia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Seri Paduka selaku Pemerintah Tertinggi ATM diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Istiadat perarakan itu yang melibatkan 586 anggota lain-lain pangkat dan 22 pegawai yang terdiri daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM, diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion ke 19 Rejimen Askar Diraja (RAMD), Lt Kol Mohd Suria Mohd Saad.

Ketibaan Seri Paduka berdua pagi ini disambut dengan perbarisan mempersembahkan "Hormat Diraja" dan diikuti dengan lagu Negaraku serta tembakan meriam 21 das.

Seri Paduka turut menerima tabik hormat Diraja oleh pasukan kawalan kehormatan yang dianggotai pegawai dan anggota daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan tersebut.

Pesawat ATM terdiri daripada lima pesawat helikopter milik ATM iaitu Nuri, Augusta, Fennec dan Alloute membuat lintas hormat yang masing-masing membawa bendera Malaysia, ATM, Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Yang di-Pertuan Agong kemudian diiringi Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memeriksa perbarisan kawalan kehormatan.

Istiadat perarakan panji-panji yang penuh dengan istiadat ketenteraan, dalam tempo kawad perlahan dan cepat dan diikuti dengan kawalan mara mengadap di mana anggota perbarisan mara mengadap dengan melaungkan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali menandakan penghujung istiadat tersebut.

Upacara istiadat diakhiri dengan bacaan doa oleh Pengarah Kor Agama ATM Brig Jen Datuk Mustafa Abd Manap.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Yang di-Pertuan Agong menerima tabik hormat diraja daripada pasukan kawalan kehormatan dan lintas hormat oleh kelima-lima pesawat ATM.

Gabungan pancaragam pusat ATM di bawah pimpinan Kapt Mohd Sobri Mohamed Isa menyerikan majlis dengan memainkan lagu-lagu patriotik.

Istiadat tersebut disiarkan secara langsung oleh TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan