Pemimpin Sabah Sambut Baik Penubuhan RCI Pendatang Asing

Diterbitkan: Sabtu, 2 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Beberapa pemimpin Sabah mengalu-alukan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin di negeri itu dengan beberapa daripada mereka menyifatkan ia sebagai hadiah istimewa Pesta Kaamatan.

Maklum balas positif oleh pengumuman penubuhan RCI oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu datang daripada Umno Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan MIC Sabah.

Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan RCI sebagai hadiah Kaamatan berharga bagi penduduk Sabah dan berkata ia menunjukkan kesungguhan kerajaan mahu menyelesaikan masalah yang tidak ada kesudahan itu untuk sama sekali.

"Saya percaya setiap lapisan masyarakat Sabah amat gembira dengan pengumuman itu dan saya berharap rakyat Sabah akan menerima keputusan itu dengan hati terbuka," katanya kepada Bernama.

Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, berkata beliau berharap penubuhan RCI tidak dijadikan isu politik atau dipolitikkan dengan mempersoalkan perkara berkaitan Terma Rujukan (TOR) dan sebagainya.

"Kita perlu beri masa dan lebih banyak peluang kepada jawatankuasa RCI bagi melakukan siasatan atau menjalankan tugas mereka," katanya.

Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang menyifatkan ia sebagai 'berita dialu-alukan untuk rakyat Sabah', berkata penduduk negeri itu tidak sabar menunggu pengumuman itu.

"Ia adalah memenuhi permintaan selama satu dekad terutama dari kami di PBS. Pengumuman rasmi itu mengesahkan keikhlasan kerajaan persekutuan dalam menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

"Sebagai anggota pentadbiran kerajaan pusat dan timbalan presiden PBS, saya memuji dan kagum atas keberanian perdana menteri dalam menghadapi masalah pendatang tanpa izin di Sabah dan masalah berkaitan kewarganegaraan, keselamatan, sosio ekonomi, kesihatan dan politik.

"Ini adalah satu lagi komponen dalam agenda transformasi kebangsaan oleh perdana menteri," katanya.

Setiausaha Agung PBS Datuk Henrynus Amin berkata tidak ada sebab mengapa rakyat tidak menyokong Barisan Nasional (BN) dengan pengumuman Perdana Menteri itu.

Setiausaha Agung UPKO Datuk Wilfred Madius Tangau berkata bagi memastikan pencapaian objektif kerajaan mendukung kedaulatan undang-undang dan keutuhan perlembagaan, RCI perlu dianggotai oleh orang yang berkaliber serta mempunyai kelayakan yang mencerminkan integriti dan kredibiliti.

Beliau turut berkata TOR perlu menyeluruh bagi merangkumi siasatan isu-isu panas dan persoalan penting seperti peningkatan luar biasa populasi Sabah.

"Bagi kedua-dua isu itu, input daripada parti komponen BN perlu diambil serius dalam merangka TOR dan komposisi keanggotaan dalam RCI," katanya.

Pengerusi Perhubungan MIC Sabah, Datuk V. Jothi meminta rakyat sokong dan yakin dengan kerajaan BN dalam mencari penyelesian berkekalan kepada masalah pendatang tanpa izin di negeri itu.

"Walaupun ia lama tertangguh, tetapi lebih baik lewat daripada tidak berlaku. Saya pasti rakyat Sabah gembira," katanya.

Beliau berkata keputusan kerajaan persekutuan itu adalah selaras dengan aspirasi konsep 1Malaysia yang mengutamakan kepentingan rakyat. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan