Pembangkang Jangan Mainkan Isu RCI - Berita Semasa | mStar

Pembangkang Jangan Mainkan Isu RCI

Diterbitkan: Sabtu, 2 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pembangkang diminta tidak menghangatkan keadaan berhubung pengumuman kerajaan persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah dengan tujuan untuk meluaskan pengaruh politik.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata permintaan tersebut dibuat oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Umno dan pihak pembangkang di negeri ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, beliau mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu yang membuktikan bahawa kerajaan BN pimpinan Najib adalah sebuah kerajaan yang mendengar pandangan rakyat.

Musa berkata kerajaan negeri akan meluaskan lagi terma rujukan dalam membantu penubuhan suruhanjaya siasatan tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jahim berkata pengumuman Perdana Menteri itu menunjukkan bahawa kerajaan bersikap serius dalam melindungi keselamatan rakyat terutama di Sabah.

Beliau berkata Sabah sudah begitu lama menghadapi kebanjiran imigran haram dan isu dokumentasi ini yang hampir menghapuskan harapan serta keyakinan rakyat di negeri ini terutamanya belia terhadap kerajaan dalam mencari penyelesaian terhadap isu tersebut.

"Tetapi sejak Najib memimpin negara ini, semua usaha telah dijalankan bermula dengan program 6P bagi pendatang asing tanpa izin (5P di Sabah) dan sekarang menerusi penubuhan RCI pula.

"Ia sememangnya hadiah Kaamatan terbaik untuk rakyat di Sabah," katanya. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan