KBS Tidak Guna Wang Kerajaan Bayar Persembahan K-Pop

Diterbitkan: Sabtu, 2 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak menggunakan wang kerajaan untuk membayar persembahan tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan pada Himpunan Jutaan Belia 2012 dari 23 hingga 27 Mei lepas, di Putrajaya.

Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed berkata kos membawa kumpulan itu oleh Stadium First Sdn Bhd (Stadium First) berjumlah RM900,000 (USD$300,000), dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan.

"Bagaimanapun, sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ia masih dalam proses perincian.

"Kos RM900,000 ini ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Tiga kumpulan K-Pop yang membuat persembahan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet.

Persembahan itu adalah antara 500 aktiviti yang dijalankan sepanjang lima hari Himpunan Jutaan Belia 2012.

Mohid berkata KBS menerima tajaan berjumlah RM28 juta daripada syarikat-syarikat swasta dalam bentuk wang tunai, barangan dan pelaksanaan pelbagai program.

"Kementerian ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4 juta yang didedahkan dalam laman blog adalah invois awal yang dibuat berdasarkan kepada perkiraan awal yang dikeluarkan oleh agen kepada Stadium First.

"Bagaimanapun, hasil perbincangan dengan agen berkenaan, Stadium First berjaya mendapatkan pengurangan dengan kos akhir membawa kumpulan K-Pop tersebut kepada RM900,000," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan