Himpunan Hijau Tindak Balas Terhadap Gelombang Merah - Hishammuddin

Diterbitkan: Sabtu, 2 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Darul Aman dekat sini pada Jumaat malam, sebagai tindak balas terhadap 'gelombang merah' yang melanda Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei lepas.

"Ini adalah tindak balas kepada apa yang mereka lihat sebagai satu gelombang dan kesedaran orang ramai terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Cara kaedah kempen mereka gunakan (iaitu tema) warna hijau, perhimpunan yang ada unsur-unsur program dengan yang muda, apa bezanya dengan program yang kita dah buat?" katanya kepada pemberita selepas program BN Pilihan Orang Muda di sini.

Perhimpunan 11 Mei lepas menyaksikan lebih 100,000 anggota Umno berpakaian merah berhimpun bagi sambutan ulang tahun ke-66 parti itu.

Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, berkata PAS juga sudah tidak mempunyai modal kerana terpaksa mengikut kaedah serta ciri program anjuran B Nuntuk mendekati golongan muda.

"Kita tengoklah siapa yang sebenarnya ikhlas dan yang betul-betul berjuang untuk orang ramai," katanya.

Mengulas program BN di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman hari ini, beliau berkata semangat dan gelombang yang ditunjukkan golongan muda cukup membanggakan.

Beliau berkata semangat itu harus diteruskan dan diperluas bukan sekadar melibatkan anggota BN malah mendekati golongan muda lain.

Katanya, pendekatan itu sangat membina selain menyuntik nilai mulia dan murni dalam meniti arus perubahan yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui program transformasi. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan