13,188 Isteri Peneroka Felda Di Bera Teruja Terima Durian Runtuh RM5,000

Diterbitkan: Sabtu, 2 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Pengumuman mengenai pemberian durian runtuh RM5,000 tiap seorang kepada isteri para peneroka berikutan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia memberi kegembiraan kepada 13,188 isteri peneroka 35 buah rancangan Felda Wilayah Mempaga di sini.

Mereka yang rata-rata tidak menduga pemberian durian runtuh itu, bakal menerima habuan tersebut 7 Julai ini seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Zaimah Hussin, 59, dari Felda Mayam di sini, berkata keprihatinan Perdana Menteri itu merupakan keikhlasan dan cakna kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat terutamanya peneroka Felda.

"Jika diambil kira sejak mula menyertai tanah rancangan Felda, penerokalah orang yang sepatutnya bersyukur kerana menikmati pembangunan yang pesat dan mempunyai ladang, rumah ditambah pula mendapat hasil yang lumayan setiap bulan dan ini pula durian runtuh yang kami sama sekali tidak terfikir untuk menerimanya," katanya.

Pendapat sama dikongsi Shamsiah Awang, 60, dari Felda Mengkuang Bera, yang akan menggunakan sebahagian wang itu nanti untuk perubatan dan menambah pelaburan dalam Amanah Saham Nasional.

"Saya sangat-sangat bersyukur kerana telah 30 tahun berada di tanah rancangan Felda ini, malah kerajaan BN sangat-sangat membantu warga Felda. Bukan sahaja mendapat pendapatan yang banyak dan baik, malah hidup di tanah rancangan mewah serta bebas untuk melakukan aktiviti," katanya.

Seorang lagi isteri peneroka, Halimatun Saadiah, 65, dari Felda Rentam pula berkata dia sudah tiga kali ke Tanah Suci Makkah hasil berladang Felda, malah kelima-lima anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading dan menjawat pelbagai jawatan tinggi.

"Kita kenalah bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan, apatah lagi dengan durian runtuh RM5,000 yang akan diterima setiap isteri peneroka bulan depan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan