Zaid Cabar MB Selangor Debat Isu Buku Irshad Manji

Diterbitkan: Jumaat, 1 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kontroversi pengharaman buku tulisan Irshad Manji berterusan apabila Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim mempertikaikan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu pejabat syarikat penerbitan buku Allah, Kebebasan dan Cinta.

Malah Zaid turut mendakwa Menteri Besar Selangor yang juga memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlalu tunduk dengan tindakan jabatan berkenaan.

"Menteri Besar Selangor kata Jais bertindak mengikut kuasa yang ada. Beliau takut dengan mereka (Jais)," katanya yang dipetik menerusi akaun twitternya pada Jumaat.

Malah Zaid yang juga bapa kepada pemilik syarikat ZI Publications, Mohd Ezra Zaid mencabar Abdul Khalid untuk berdebat dengannya berkaitan isu pengharaman buku tersebut.

"Saya akan keluar hospital tidak lama lagi. Adakah beliau akan menerima tawaran debat dengan saya," katanya.

Abdul Khalid sebelum ini mempertahankan tindakan Jais kerana ia adalah berdasarkan peruntukan undang-undang.

Jelasnya, Jais mempunyai kuasa untuk mengheret sesiapa sahaja ke mahkamah sekiranya mempunyai bukti yang seseorang itu telah melakukan kesalahan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Selasa lalu Jais menyerbu ZI Publications mengikut Seksyen 16(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor setelah mendapat waran dari mahkamah untuk menyerbu dan menggeledah lokasi penerbitan buku yang diharamkan oleh kerajaan baru-baru ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan