Polis Siasat Video Bersih 3.0 - Berita Semasa | mStar

Polis Siasat Video Bersih 3.0

Diterbitkan: Jumaat, 1 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan panel khas menyiasat kandungan kompilasi rakaman video kejadian semasa perhimpunan 28 April lepas, yang dijangka dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) esok (Sabtu).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan menyerahkan video itu kepada panel khas berkenaan dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk siasatan lanjut.

Beliau memberi jaminan bahawa panel khas itu akan menyiasat insiden berkenaan secara adil dan menyeluruh.

"Kita ada kerjasama dengan KDN. Video itu akan disiasat dalam masa yang terdekat," katanya kepada wartawan selepas merasmikan Program Dekad Kecemerlangan Anak Polis (DAKAP) di Pulapol Bukit Sentosa, Rawang, Jumaat.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata video itu akan diedarkan kepada media dan dimuat naik ke dalam laman web kementerian itu.

Sementara itu, Ismail berkata program 'Dakap Siri Satu', yang bermula hari ini, melibatkan 130 orang anak anggota polis dari PDRM Bukit Aman, Kontinjen Kuala Lumpur, Kontinjen Negeri Sembilan, Kontinjen Selangor.

"Konteks 'mendakap' juga adalah suatu idea kreatif dalam mendidik anak-anak untuk membesar dan menghadapi kehidupan yang jauh berbeza dengan generasi masa kini," katanya.

Program itu dianjurkan dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi dana disalurkan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

DAKAP akan memberi manfaat kepada pembangunan dan pembelajaran anak-anak berusia dari 13 hingga 17 tahun di mana mereka akan dididik dengan budaya meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kecemerlangan.

Program itu menyasarkan 1,000 anak-anak polis dan pesara polis di seluruh negara sepanjang tahun ini. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan