PM Lancar Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun

Diterbitkan: Jumaat, 1 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, merasmikan pelancaran Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIT) yang baru ditubuhkan dan terletak di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM KL).

MJIT menawarkan program ijazah dan lepasan ijazah dalam kejuruteraan, dan menyemai kejuruteraan dan pendidikan berasaskan teknologi ala Jepun dalam kalangan pelajarnya.

Ia juga menawarkan peluang untuk menjalankan kajian atau penyelidikan dalam organisasi Jepun, melalui sokongan daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kerajaan Malaysia, Konsortium Universiti Jepun (JUC) dan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA).

"MJIT mempunyai komitmen untuk menyediakan pendidikan ala Jepun yang termampu dan mudah disertai dalam suasana Malaysia di samping mewujudkan hab yang ada kelebihan daya saing bagi R&D (penyelidikan dan pembangunan), manakala hubungan industri institut itu yang kukuh, di sini dan di Jepun, menjadikannya berkedudukan teguh untuk berbuat demikian," kata Najib dalam ucapan pembukaan beliau pada majlis pelancaran itu pada Jumaat.

Menurut satu kenyataan oleh UTM, kerajaan Malaysia telah menjanjikan sejumlah RM793 juta, termasuk pinjaman berjumlah RM250 juta daripada Jepun, untuk membiayai penyediaan kelengkapan makmal MJIT.

"Sebelum ini dalam tahun ini semasa kita memperingati ulang tahun ke-30 Dasar Pandang Ke Timur, Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda, dan saya mengesahkan pentingnya peranan institusi unik ini, yang menjadi bukti kepada kekuatan sebenar hubungan dua hala antara kedua-dua negara kita," kata Najib. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan