Malaysia Usahakan Bersama ICRC Pembebasan Dua Rakyatnya Dari Teluk Guantanamo

Diterbitkan: Jumaat, 1 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia sedang mengusahakan bersama Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) bagi membolehkan dua rakyatnya yang ketika ini ditahan di pusat tahanan Teluk Guantanamo dibebaskan dan dihantar pulang ke negara ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau dimaklumkan kedua-dua tahanan itu, yang ditahan tanpa dibicarakan sejak 2006, berkeadaan baik dan usaha dilakukan bagi memastikan hak mereka dilindungi.

"ICRC mempunyai kredibiliti antarabangsa, mereka mempunyai rangkaian, mereka boleh memastikan, sebagai contoh, standard yang mereka harapkan turut ada pada Malaysia, dan turut didukung oleh negara yang menahan rakyat Malaysia," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Ketua Operasi ICRC bagi Asia Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Alain Aeschlimann.

Mohd Farik Amin, 36, dari Kajang dan Mohd Nazir Lep, 35, dari Muar, ditahan di Thailand pada Ogos 2003, kerana didakwa mempunyai kaitan dengan al-Qaeda, dan dipindahkan ke pusat tahanan Teluk Guantanamo pada 2006.

Hishammuddin berkata selain kes tahanan Guantanamo, kerjasama dengan ICRC turut meliputi kes membabitkan rakyat Malaysia yang ditahan di negara lain kerana didakwa berperanan sebagai keldai dadah.

"Disebabkan globalisasi, disebabkan taruhan tinggi yang terlibat, disebabkan jenayah yang merentas sempadan sekarang, manusia dieksploitasi dan mereka mungkin rasa menyesal tetapi ditahan di sebuah negara asing, mereka juga mempunyai hak yang kita perlu lindungi," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata beliau gembira dengan seluruh kerjasama antara kementerian itu dan ICRC, dan beliau akan memastikan kerjasama itu diteruskan.

Katanya bidang kerjasama itu antara lain merangkumi isu kesihatan, menghubungkan antara keluarga yang mungkin berubah tempat tinggal, tahanan kanak-kanak di bawah umur yang tidak ditemani dan perkongsian untuk membantu dalam menanda aras Malaysia dengan standard antarabangsa, katanya.

Sementara itu, Aeschlimann berkata kerjasama antara ICRC dan kementerian berkembang dengan baik, dan mereka turut menyediakan beberapa khidmat langsung bagi memastikan tahanan di negara ini dilayan mengikut standard antarabangsa. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan