Kabinet Setuju Jual Rumah PPR Kepada Mereka Yang Layak - Chor

Diterbitkan: Jumaat, 1 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kabinet telah bersetuju dengan cadangan supaya menjual Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada golongan berpendapatan rendah yang layak terutamanya di Kuala Lumpur dan Selangor, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung pada Khamis.

Beliau berkata, cadangan tersebut dapat meringankan bebas pihak berkuasa tempatan dalam menguruskan skim perumahan.

"Kabinet pada Rabu telah bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh saya supaya menjual unit PPR kepada pemohon yang berkelayakan daripada menyerahkan kepada perkara tersebut pihak berkuasa tempatan.

"Hal ini kerana, pihak berkuasa tempatan amat sukar untuk mengutip sewa dan kos penyelenggaraan penduduk sering tidak membayarnya dalam tempoh yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembangunan peringkat ketiga di i-City di sini, Khamis.

Selain itu, Chor berkata syarat-syarat lain yang ditetapkan adalah pemohon mestilah mempunyai pendapatan sebulan RM2,500 dan ke bawah, telah berkahwin dan tidak mempunyai rumah lain di Kuala Lumpur atau Selangor.

Beliau berkata, harga setiap unit PPR telah ditetapkan pada RM35,000 termasuk 1,500 unit PPR yang akan dibina di Lembah Subang tidak lama lagi.

Beliau menambah, borang permohonan boleh dihantar kepada pihak berkuasa tempatan. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan