JPJ Terus Pamer Nama Pembida Nombor Plat - Solah

Diterbitkan: Jumaat, 1 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memutuskan untuk terus mempamerkan nama pembida yang memenangi bidaan nombor pendaftaran kenderaan pada masa akan datang.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, keputusan tersebut diambil kerana jabatan itu mengamalkan dasar ketelusan dalam apa jua keadaan.

Katanya, jika jabatan tersebut mengambil pendekatan untuk tidak mempamerkan nama pembida pada masa depan, tindakan itu akan menimbulkan lebih banyak fitnah.

"Jabatan sentiasa mengamalkan dasar ketelusan. Kalau tak pamer lagi banyak fitnah.

"Siapa yang tidak mahu namanya dipamer jangan masuk tender," kata Solah menerusi satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online, Jumaat.

JPJ akan terus mempamerkan nama-nama pembida di papan kenyataan di setiap cawangan Kuala Lumpur termasuk portal jabatan di www.jpj.gov.my sehingga keputusan bagi siri nombor pendaftaran kenderaan berikutnya diumumkan.

Solah berkata demikian bagi mengulas saranan Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abd Rahman pada Khamis yang meminta JPJ supaya mempertimbangkan semula langkah mengumumkan nama pembida.

Mohd Yusof Abd Rahman berkata, langkah mengumumkan nama pembida itu secara tidak langsung mungkin memberi pelbagai tafsiran terutama mengenai kekayaan mereka.

Baru-baru ini, pengumuman nama pembida bagi nombor pendaftaran kenderaan siri WWW yang merupakan singkatan bagi "World Wide Web" mencetuskan kontroversi sehingga menimbulkan pertikaian terhadap pembida tersebut.

JPJ mengumumkan nombor plat dengan bidaan tertinggi, WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Nombor yang dibida pada harga RM520,000 itu memecahkan rekod bidaan tertinggi sebelum ini iaitu MCA 1 yang dijual dengan harga RM300,100 pada tahun lalu.

Nombor pendaftaran siri WWW mendapat sambutan di luar jangkaan apabila menerima 18,243 permohonan sepanjang ia dibuka untuk bidaan dari 30 April hingga 14 Mei lalu.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan