Jakim Minta Masjid, Surau Adakan Solat Sunat Gerhana Bulan

Diterbitkan: Jumaat, 1 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta semua masjid dan surau mengadakan solat sunat "khusuf" berserta khutbah sempena gerhana bulan separa Isnin ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata fasa pertama gerhana itu dijangka bermula pada 4.49 petang (waktu Malaysia) dan mencapai tahap kemuncak pada 7.03 malam.

"Gerhana dijangka berakhir pada 9.17 malam. Justeru, umat Islam disunat menunaikan solat sunat "khusuf" berjemaah disertai dengan khutbah gerhana," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau berkata Jakim akan menganjurkan solat sunat itu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan di ibu negara selepas solat Maghrib.

Menurutnya Seksyen Falak jabatan itu dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia akan mengadakan aktiviti cerapan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada hari berkenaan.

"Orang ramai terutama penduduk Putrajaya dijemput menyaksikan fenomena alam semula jadi serta menunaikan solat sunat itu," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan