Haji: Malaysia Harap Arab Saudi Tidak Kurang Kuota

Diterbitkan: Jumaat, 1 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Malaysia berharap kerajaan Arab Saudi tidak akan mengurangkan kuota jemaah haji negara ini tahun ini, berikutan terdapat 930,000 rakyat sedang menunggu untuk mengerjakan Rukun Islam kelima itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Johari berkata bagi tujuan itu, Malaysia menerusi Lembaga Tabung Haji akan menyampaikan surat kepada Arab Saudi dalam masa terdekat memohon agar amalan sedia ada diteruskan.

"Saya harap tak ada gangguan langsung terhadap penyusunan (kuota) pada sepanjang tahun ini dan akan datang. Jika berlaku pengurangan ia (senarai) akan tersekat dan berlaku pertambahan kepada senarai yang sedang menunggu," katanya kepada pemberita, selepas Seminar Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia, di sini, Jumaat.

Jamil Khir sebelum ini dilapor berkata kerajaan Arab Saudi sedang mempertimbang sama ada untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia, susulan perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas.

Kedutaan Arab Saudi di Malaysia juga dilapor telah menghantar nota diplomatik kepada Kementerian Luar meminta Malaysia mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan rakyat negara ini tidak terlibat dalam demonstrasi di dua kota suci umat Islam itu.

Mengulas mengenai pendaftaran mengerjakan haji, Jamil Khir berkata jumlah yang memohon semakin bertambah, menunjukkan sistem kewangan umat Islam di negara ini semakin berkembang.

"Masalahnya cuma kita tidak mempunyai kemampuan untuk mendapatkan kuota kerana kaedah Arab Saudi telah menetapkan bahawa satu peratus daripada penduduk di setiap negara diberikan kuota untuk menunaikan haji," katanya.

Ditanya mengenai persiapan pengurusan jemaah haji, beliau berkata semua urusan daripada segi penginapan, penerbangan, makanan dan sebagainya berada pada tahap akhir.

"Tahun ini terdapat 100 lebih penerbangan pergi dan balik haji...kita dah bayar duit penerbangan kepada syarikat penerbangan yang telah kita tender. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan