Bincang Aktiviti Buru Hidupan Liar Haram Dalam Talian Dikena Tindakan Tegas

Diterbitkan: Jumaat, 1 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mereka yang membincangkan mengenai aktiviti pemburuan haram yang boleh menggalakkan jenayah seperti memburu hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya akan dikenakan tindakan tegas dan pantas, kata Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Perhilitan mengesahkan ia menerima aduan daripada Rangkaian Pemantauan Perdagangan Hidupan Liar (Traffic) mengenai pengguna dalam talian membincangkan tentang aktiviti pemburuan haram di laman forum dalam talian.

Dalam kenyataan di forum itu mengatakan tentang pemburuan hidupan liar termasuk rusa, kijang dan kambing gurun, serta menjelaskan secara terperinci mengenai bagaimana untuk mencari, menjejak dan memburu haiwan itu.

Perhilitan berkata, pihaknya membuat pemantauan terhadap forum itu.

“Kami amat bimbang mengenai perkembangan ini. Kami juga memantau lokasi yang disebut dalam forum berkenaan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak atau individu yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Star.

Aktiviti memburu hidupan liar secara haram boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM500,000 atau lima tahun penjara di bawah Akta tersebut.

Perhilitan menasihatkan orang ramai supaya tampil ke hadapan sekiranya memperoleh sebarang maklumat mengenai aktiviti-aktiviti berkaitan dengan hidupan liar secara haram di kawasan mereka.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan