AirAsia India Menjadi Kenyataan Jika Dasar Dipinda - Tony Fernandes

Diterbitkan: Jumaat, 1 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berikutan kerajaan India menimbang membenarkan syarikat penerbangan asing menguasai kepentingan dalam syarikat penerbangan India yang bermasalah, syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd, mengkaji kemungkinan memasuki negara yang mempunyai lebih 1.2 bilion orang, bilangan penduduk kedua terbesar di dunia iu.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, AirAsia akan meneroka peluang di India jika dasar penerbangan negara itu dipinda.

"Dasar sedia ada tidak membolehkan kami pergi ke sana (memasuki mana-mana usaha sama). Jika dasar itu dipinda, kami akan meneroka peluang itu.

"AirAsia sentiasa mencari peluang. Inilah cara bagaimana kami tubuhkan unit kami.

"India sudah pasti merupakan pasaran yang besar untuk AirAsia," katanya pada temu bual dengan Bernama.

Pada Rabu, AirAsia Japan Co Ltd, usaha sama antara All Nippon Airways Co dan AirAsia Bhd dilancarkan, menambah kepada siri syarikat penerbangan kos rendah lain seperti Thai AirAsia, Indonesia AirAsia dan AirAsia Philippines.

Sebuah unit AirAsia di India dan China dikatakan merupakan aspirasi mutlak Fernandes, tokoh yang menggerakan syarikat penerbangan tambang rendah sejak penubuhannya pada lewat 2001.

Bulan lepas, Menteri Perdagangan dan Industri India, Anand Sharma dipetik berkata, kerajaan sedia menerima permohonan daripada industri penerbangan India dan perbincangan sedang berjalan.

Ketika ini, pelaburan langsung asing (FDI) sehingga 49 peratus dibenarkan dalam sektor penerbangan India namun syarikat penerbangan asing tidak dibenarkan membeli ekuiti atas sebab-sebab keselamatan.

Berdasarkan permintaan industri penerbangan yang kekurangan tunai itu, kerajaan pada 17 Jan, memutuskan untuk mengkaji cadangan membenarkan syarikat penerbangan asing memperoleh ekuiti sehingga 49 peratus dalam syarikat penerbangan India.

Sektor penerbangan India semakin merosot setiap hari, dengan hutang yang semakin meningkat, kerugian yang besar, mogok juruterbang, penutupan operasi di luar negaram tanpa sebarang pelan pemulihan setakat ini.

Daripada enam operator penerbangan utama, lima mengalami kerugian dengan pengecualian Indigo, syarikat penerbangan tambang rendah.

AirAsia membuat penerbangan harian dari dan ke Bangalore, Tiruchirappalli, Kolkata, Kochi dan Chennai dari Terminal Penerbangan Tambang Rendah Sepang.

Anak syarikat penerbangan jarak jauhnya, AirAsia X, terbang ke New Delhi dan Mumbai, namun sektor itu digantung berikutan pelan rasionalisasi laluan.

Dalam perkembangan lain, Fernandes menafikan spekulasi AirAsia menerima sijil operator udara daripada kerajaan Singapura untuk memulakan hab kos rendah di republik berkenaan.

Beliau berkata setakat ini, AirAsia belum menerima sebarang perjanjian bertulis atau lisan daripada pihak berkuasa negara itu.

"Singapura sudah lama menjadi sasaran kami. Kami sentiasa memohon lesen namun buat masa ini, belum ada lampu hijau mengenainya," katanya.

Beliau yang ditanya mengenai rundingan usaha sama antara AirAsia dan Malaysia Airlines, berkata: "Rundingan berjalan lancar. Ia sudah 40-50 peratus."

Rundingan usaha sama itu dilakukan selepas pembatalan perjanjian pertukaran saham antara AirAsia dan syarikat penerbangan negara itu bulan lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan