Yang di-Pertuan Agong Terima 27 Kek Sempena Hari Keputeraan

Diterbitkan: Khamis, 31 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Khamis menerima persembahan 27 kek sempena ulang tahun keputeraan Seri Paduka Baginda Sabtu ini.

Antara kek yang dipersembah kepada Seri Paduka Baginda di Dewan Santapan, Istana Negara di sini ialah yang berkonsepkan Istana Negara Jalan Duta daripada Federal Hotel International Group seberat 50 kg dan yang berperisa buah-buahan dan kek berkonsepkan kereta kuda daripada Hotel Renaissance Kuala Lumpur seberat 50 kg.

Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah meluangkan masa kira-kira 30 minit melihat kek-kek yang dipersembahkan.

Persembahan kek merupakan acara tahunan setiap kali sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

Hotel lain yang menghadiahkan kek dalam pelbagai bentuk dan rasa ialah Putrajaya Marriot Hotel & Spa, Putra World Trade Centre, Hotel Maya Kuala Lumpur, Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, Hotel Istana Kuala Lumpur, Mandarin Oriental Kuala Lumpur, The Zon Regency Hotel by The Sea Johor Baharu, Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Hotel Hilton Kuala Lumpur, dan Hotel Parkroyal Kuala Lumpur.

Starwoods Hotels and Resorts, Holiday Villa Hotel & Suites Subang, Grand Dorsett Subang, Berjaya Times Square Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Convention Centre, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, Impiana KLCC Hotel, Hotel UiTM Shah Alam dan YTL Hotels turut mempersembah kek masing-masing.

Turut sama ialah Intercontinental Kuala Lumpur, Palace of The Golden Horses, Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur, Sunway Resort Hotel & Spa, Hotel Royale Bintang dan Hotel Crowne Plaza. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan