Tubuh Majlis Akhbar Di Bawah Bidang Kuasa Parlimen - Dr Ahmad Murad

Diterbitkan: Khamis, 31 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah kanan dalam bidang komunikasi dan media hari ini mencadangkan agar Majlis Akhbar ditubuh melalui Parlimen agar ia dapat menjadi sebuah badan bebas dan formal serta tidak terikat dengan kerajaan atau mana-mana parti politik.

Pensyarah Komunikasi, Bahagian Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Petronas (UTP) Prof Dr Ahmad Murad Merican berkata majlis itu diharap berfungsi sebagai sebuah tribunal dengan berpandukan akta khas, malah dana untuknya beroperasi juga perlulah melalui Parlimen terlebih dahulu.

"Kami harap usaha menubuhkan majlis akhbar secara statut diteruskan. Bukan sebagai mahkamah tapi tribunal. Jadi hukuman yang dijatuhkan bukan dalam bentuk undang-undang, sebaliknya dalam bentuk moral, pengaruh dan ke atas majikan itu sendiri dan bukan ke atas wartawan sebagai individu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas forum mengenai kebebasan media sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 2012 di sini, Khamis.

Forum itu dirasmikan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Tan Sri Hasmy Agam.

Ahmad Murad merupakan seorang daripada panel dalam forum itu yang dikendalikan bekas ketua pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang.

Anggota panel lain ialah Pegawai Eksekutif Centre of Independent Journalism Masjaliza Hamza, aktivis politik dan media sosial Fahmi Fadzil dan presiden Kesatuan Kebangsaan Kewartawanan Semenanjung Malaysia (NUJ) Chin Sung Chew.

Pada Mei 2011, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Majlis Perundingan Media Negara akan ditubuh bagi mengukuhkan amalan etika kewartawanan yang tinggi di negara ini.

Terdahulu, Ahmad Murad berkata Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 perlu dimansuh sekiranya Majlis Akhbar ingin ditubuhkan agar ia tidak dilihat sebagai kawalan kedua terhadap kegiatan kewartawanan di negara ini.

Beliau mencadangkan agar perbincangan diadakan bagi mencari definisi sebenar kebebasan akhbar yang dituntut sambil menegaskan pihak media arus perdana perlu memperluas ruang interaksi antara masyarakat dan mereka.

"Wartawan dan pemilik akhbar bertanggungjawab mendidik parti politik dan kerajaan tentang fungsi akhbar. Malah, perlu terbuka kepada kritikan juga. Kebebasan media bukan bermaksud untuk menjatuhkan kerajaan," katanya.

Masjaliza yang turut menyokong cadangan penghapusan Akta Mesin Cetak berkata akta itu tidak lagi relevan pada masa ini kerana sebarang bentuk maklumat amat mudah diperoleh melalui pelbagai medium dan tidak bergantung kepada akhbar semata-mata.

Beliau berkata ini perlu untuk menangani masalah krisis keyakinan rakyat terhadap media cetak yang dialami di negara ini sekarang.

"Media arus perdana dibelenggu dengan Akta itu. Tak boleh cetak sesuka hati. Tetapi ada juga akhbar yang cetak muka depan dengan berita yang datangnya dari blog yang sumbernya yang tidak sahih dan ini menyebabkan keyakinan rakyat terhadap akhbar berkenaan berkurangan," katanya.

Sehubungan itu, Hasmy ketika merasmikan forum itu turut mengesyorkan kerajaan supaya memansuh beberapa peruntukan lain dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 seperti Seksyen 12(1), 13A dan 13B mengenai lesen atau permit; yang masih mengenakan sekatan terhadap kebebasan akhbar. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan