Tindakan Denda Tidak Wajar - Perkasa Pulau Pinang

Diterbitkan: Khamis, 31 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang tidak gentar dengan denda yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana dikatakan membuat pembakaran terbuka pada 25 Mei lepas di bawah bangunan Komtar di sini.

Pada masa yang sama, Ketua Wira Perkasa Timur Laut, Mohd Rizuad Mohd Azudin menyifatkan tindakan yang diarahkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng menerusi MPPP itu adalah tidak masuk akal.

"Kita tidak gentar dan tetap akan meneruskan perjuangan yang telah dilakukan sebelum ini. Perkasa mendapat banyak sokongan dari rakyat yang rasa semakin terhimpit sekarang.

"Tindakan beliau (Lim) adalah tidak wajar kerana saya hanya seorang pemandu teksi. Kalau tidak ada duit untuk pilihan raya nanti, saya rela serahkan teksi saya," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Dalam kejadian itu, Mohd Rizuad bersama 20 ahli Perkasa yang lain dilaporkan berhimpun selepas solat Jumaat untuk membakar 10 helai baju T berwarna kuning yang dikatakan dipakai peserta Perhimpunan Bersih 3.0 yang telah insaf.

Ekoran itu mereka berdepan hukuman denda sebanyak RM500,000 mengikut Akta 29 (a) Bahagian Alam Sekitar (DEO). - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan