SPR Ambil Tindakan Terhadap Parti Politik Guna Poster Karikatur Pemimpin

Diterbitkan: Khamis, 31 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana parti politik yang mengunakan karikatur dalam poster mereka untuk mengambarkan pemimpin-pemimpin politik semasa pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, amalan tersebut adalah tidak sesuai dan hanya mencetuskan situasi tegang sepanjang tempoh pilihan raya.

Beliau menambah, pasukan penguatkuasa SPR akan menurunkan mana-mana poster yang menggambarkan para pemimpin.

“Kami tidak mahu amalan seumpama ini berterusan dalam pilhan raya umum ke-13,” kata Wan Ahmad.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan