Selangor Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Kesilapan Pewartaan Padang Bola PKNS

Diterbitkan: Khamis, 31 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat kenyataan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya Datuk Mohamad Roslan Sakiman mengenai kesilapan isu pewartaan padang bola Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata jawatankuasa itu, yang akan dianggotai golongan profesional tanpa kaitan dengan kerajaan negeri, akan meneliti kesilapan berhubung status pewartaan padang bola terbabit sehingga menyebabkan wujudnya dua dokumen Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ 2) yang bercanggah.

"Saya akan berjumpa dengan pihak berkaitan untuk meneliti perkara ini. Jika terdapat unsur salah laku kuasa, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen Pimpinan Pekerja Selangor di sini, Khamis.

Pada Rabu, sebuah stesen televisyen melaporkan bahawa dokumen RTPJ 2 di MBPJ menunjukkan padang bola itu diwartakan sebagai tapak perniagaan dan perkhidmatan manakala dokumen sama di Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa Selangor pula menunjukkan kawasan padang itu telah diwartakan sebagai tanah lapang dan rekreasi.

Sementara itu, ditanya mengenai penahanan anak lelaki seorang ahli politik berhubung penerbitan sebuah buku yang diharamkan pada Selasa lepas, beliau berkata tindakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu dibuat mengikut undang-undang.

Selasa lepas, JAIS menyerbu sebuah syarikat penerbitan di Petaling Jaya dan menahan lelaki itu yang juga pengarah syarikat terbabit kerana menerbit buku 'Allah, Kebebasan dan Cinta' tulisan Irshad Manji yang diharamkan penjualannya.

Pengarah syarikat itu dibebaskan dengan jaminan RM1,800 oleh seorang penjamin penjawat awam setelah diputuskan Hakim Shahrudin Selamat dalam kamarnya di Mahkamah Rendah Syariah di sini. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan